PEMBUKA BICARA HATI

Thursday, July 1, 2010

surau An-Nur kolej Ibrahim Yaakub

Aktiviti2 surau An-Nur. bermula selepas waktu maghrib..

Ahad : tiada pengisian

Isnin : Tazkirah ringkas (Saudara Hussain Yusri)

Selasa : Tazkirah ringkas (Saudara Zaidi Yusof)

Rabu : Ziarah dan penerangan daripada Jemaah.

Khamis : Bacaan Yasin lps maghrib, lps isyak ; kelas bimbingan Al-quran untuk muslimin dan
muslimat.

Jumaat : Tazkirah dr Fello, Qiamullai dan santapan rohani.

Sabtu : Bengkel Adobe Photoshop oleh Firmansyah.

First time create blog..


Assalamualaikum..
salam sahabat,salam ukhuwah,salam satu muslim....
hari ini 7 januari 2010 bersamaa dengan 21 muharam 1431 pada pukul 7.10..
tercreate la blog ni..ana memohon byk kemaafan atas kekurangan, tujuan blog ni adalah untuk muhasabah diri ana..insyAllah diri sahabat2 tuan2 semua..sudah lama hasrat untuk membuat blog tapi hati selalu menangguh..bagi ana cara ini juga satu medan untuk ana menceritan pengalaman..juga sbgi medan dakwah..

ni kira bukan pertama kali la..tp ini yg pertama kali kekal,ana boleh ingat password..yg pnah ana buat ana xingat password..xsempat nak updates pun..ana cuba akan istiqomah..ana akan cuba saluran ni untuk menyampaikan dakwah..InsyAllah..ana harap antum dapat bantu ana..apa yang salah kita betulkan..ap yg betul kita cuba amalkan..kita cuba untuk merungkai persoalan2 agama..ana bukanlah tinggi ilmunya..sekadar ingin berkongsi bersama..kita akan cuba perbahrui iman kita..ini lah cara kita cuba untuk bercakap lagi dan lagi tentang kebesaran Dia..btl x??klu ana salah tlg betulkan..

Wednesday, January 20, 2010

sebuah pesahabatan...



assalamualaikum sahabat semua..

lama ana xpost somthing..arini nk post la sket..
sedia maklum kita semua ada sahabat kan..walaupun seorang dia tetap sahabat kita..

ap yang ana nk kongsi arini adalah tentang seorang kawan,sahabat atau teman...mereka ni ttp di hati kita..hidup tanpa kawan sunyinya yang amat kan..pernah merasaainya tak?
tak mengapa..
Di antara sifat orang mukmin itu ialah sangat menyayangi dan mencintai saudaranya dalam Islam kerana sesiapa yang tidak mencintai saudaranya akan menjadi kuranglah imannya. Cinta yang dimaksudkan ialah cinta yang didasarkan kepada agama, bukan kemanusiaan semata-mata.
ana sgt2 menekankan bab ukhuwafillah ni..bukan sj2, lihat pada hadis ni ye :

"Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu Khadam Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sabdanya: "Tiada beriman seseorang kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya. " (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

berdasarkan pada hadis kita tau kan,,ianya berkaitan iman kita sahabat..adapun hadis ini berkaitan iman yang tidak sempurna... Cinta yang dimaksudkan pula ialah cinta untuk memperolehi kebaikan dan manfaat. Kemudian cinta itu bukanlah cinta kerana tabiat kemanusiaan tetapi kerana roh keagamaan kerana tabiat manusia sememangnya tidak suka melihat orang lain mendapat kebahagiaan atau orang lain itu berbeza keadaan daripadanya.
sahabat,dapat kita lihat ukhuwafillah ini bkn sahaja disebut dalam hdis ini shaja malah byk lagi hadis yang menyebut ttg ni..

"Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayangnya,belas kasihannya dan kemesraannya, laksana sebatang tubuh, bila salah satu anggotanya mengadu sakit, seluruh anggota yang lain sama-sama merasa demamnya dan berjaga malam. " (Hadis riwayat Muslim).

subahanallah..begitu sekali sahabat2..

sekarang kita boleh dgr istilah kwn makan kwn..ap kes ni sahabat??mn tahap iman kita smpai kan sanggup kita rosakkan ap yg kita ad..bab kata saidina ali dalam tulisan ana yang lepas :

bab kata saidina Ali : sahabat "selemah-lemah manusia adalah orang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

mahukah kita untuk tergolong dalam kalang itu..jauh2kanlah..malah ada hadis yang memperkatakan hal ini..

"Barangsiapa menyakiti orang Islam, sesungguhnya dia telah menyakiti aku, dan barangsiapa menyakiti aku dia telah menyakiti Allah. " (Hadis riwayat Thabarani)

janganlah sahabat..hindari sifat ini..semua muslim atau org islam itu bersaudara kan..
sebagai muslim kita haruslah saling jaga menjaga..alangkah sahabat kita kesulitan kita bantu,jgn harapkan balasan krn kita tahu Allah itu maha adil.. kalau kita ringankan tangan membantu saudara islam kita insyAllah Allah permudahkan kita..sesungguhnya kejayaan manusia itu dalam kalimah Allah dgn ikut cara sunnah kan..

"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim.Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula rnembiarkan saudaranya teraniaya oleh orang lain. Dan barangsiapa yang membantu (mencukupkan) keperluan atau hajat saudaranya, maka Allah Ta 'ala membantunya pula (mencukupkan) keperluan atau hajatnya. Dan barangsiapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim, maka Allah Ta 'ala melapangkan kesulitannya kelak di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutup aurat (keburukan) orang muslim, maka Allah menutupi pula keburukannya kelak di Hari Kiamat. (Hadis riwayat Bukhari).

lihat betapa adilnya Allah..Allah tidak zalim untuk hamba2Nya..cm perkara yg ghaib ni yg membuat kan kita mudah cpt untuk bersangka buruk..sesungguhnya setiap yg berlaku tidak boleh dipertikaikan semua datang dari Dia.benda ni semua menguji kita punya keimanan wahai sahabat..
akhir kata dari ana berdasarkan satu baris ayat quran:

"Dan berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai. "(Surah AU 'Imran: 103)

Friday, January 15, 2010

last training tp KITA tetap bersama..












salam semua..

malam ni ana nak lari sket dari our tajuk..bukan ap...sbg halwa telinga juga..
junior2 ana da bebas dr latihan..tahniah..tp jgn lupa deq2..u all ad tanggunjwab yg belum selesai..buat yang terbaik..kami barisan senior doakan kamu semua..

jgn sia-siakan usaha selama berbulan lmnya..jd kan ia sgb kayu ukur untuk kamu semua mghadapi esok..tp ingt semua tu bkn hnya untuk esok..tp ilmu untuk kamu gn kan di luar sana..

setiap detik, setiap yg kamu belajar dan lalui..itu adalah satu nikmat yg tidak terhingga..inilah satu pengalaman yg tiada dlm mn2 persatuan acually..itu pndangan ana la..ana harap kamu semua dapt ap yg dikatakna itu mochi ea..keserasian..kita kan satu family..buat mcm satu family..mcm mn family tau la kan..msm muka kjp je..tp xnak la ad yg msm muka kan..

kami barisan senior ni da melalui ap yg kamu lalui dan yg akan kamu semua lalui..mmg perit.tp inilah yg mengajar kita ttg segalanya..bukan mudah untuk kita pupuk semua ni..percayalah,dengan semangat yg ada,saling percaya antara kamu semua, akan membuahkan hasil yg lumayan..


ana hampir lupa,dalam khutbah jumaat hari di masjid UKM pun pasal kasih sayang..
lihat betapa pentingnya amalan berkasih sayang antara kita..

hadith riwayat Muslim daripada Abu Hurairah yang bermaksud: "Tidak masuk ke dalam syurga sehingga engkau beriman dan belum sempurna keimananmu sebelum kamu sayang-menyayangi. Apakah kamu mahu aku tunjukkan satu pengajaran yang apabila kamu amalkan kamu akan sayang menyayangi? Semarakkan syiar, tanggungjawab salam di antara kamu"

tgk tu, betapa besarnya amalan berkasih sayang antara kita..subahanallah!!

disokong oleh hadis dari Anas bin Malik, riwayat Iman Bukhari :

"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri"

dalam hadis ini cukup untuk menerangkan iman kita sebagai muslim dimuka bumi Allah..

semoga kita dapat amalkan sebagaimana yang dituntut..insyAllah.


mungkin tidak di nafikan juga dalam agama sahabat2 kita yang lain juga..

kekalkanlah ap yg kita dapat sekarang..

bab kata saidina Ali : sahabat "selemah-lemah manusia adalah orang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

selagi benda yang kita lakukan itu adalah yang terbaik dan tidak salah teruskan..jangan jadi orang lemah itu..


Wednesday, January 13, 2010

fikir atas iman dan amal saudara..












assalamualaikum..
sahabat2..
cakap pasal iman..agak susah bagi kita untuk memahaminya..tp ana cb untuk bw kita supaya kita fikir..kita renung takat mana tahap iman..
sahabat..kita perlu berkasih sayang untuk mgeratkan silaturahim antara kita..ikramuslimin sesama kita..yg muda hormat yg tua..yg tua baik dgn yg muda..kita semua saudara sahabat2..
jd atas maksud itu kita sentiasa mengingatkan antara satu sama lain..ingt mengingat atas iman kita..perbaharui iman kita..ana lp dlm hadis mn..tp Rasulullah pernah bersabda..

"wahai sahabatku perbaharuilah imanmu..sahabat bertanya,ya Rasulullah bagaimana kami nak perbaharui iman kami..Rasulullah menjawab sentiasalah bercakap tentang kebesaran Allah S.W.t.."

sahabat2..mcm mn kita nk bercakap ttg kebesaran Allah sdgkan kita sering lalai dan tertipu dgn perckapan duniawi,kita seronok..malah untuk untuk berckap ttg kebesran Dia agak jauh dgn kita..itulah,,kita kn jg adik bongsu kita..sapa tu..yakni HATI kita sahabat2..bila kita kata adik bongsu..maklum saja la kan..manja..kita yg induk kn jg..jgn bagi titik hitam bermaharajalela..

kita cuba masukkan keyakinan kita pada Allah dgn bercakap ttg kebesaran Allah..apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah..kita cuba kuarkan kebesaran makhluk dalam diri kita..masukkan kebesaran Allah dalam diri kita..insyAllah adik bongsu kita terjaga.

kita cuba amalkannya wahai sahabat2 yg dikasihi Allah..

Sunday, January 10, 2010

jujur..


salam sahabat...

sahabat sesunggahnya kita bersahabat kerana Allah..semua permulaan dari Allah..dan berharap tidak terjadi perpisahan walaupun kita tahu hakikat perpisahan itu akan menyusur..sahabat datang adalah anugerah kurniaan ilahi..dalam perahabatan : kejujuran dan keihklasan itu penting wahai sahabat.tanpa kejujuran dan ihklas kerana Allah hubungan itu tidak lama atau tidak diredhai Allah..kejujuran adalah paksi utama untuk kita mengeratkan lagi hubungan..bersahabatlah dgn kejujuran di hati..

Allah berfirman "tetapi jikalau mereka selalu benar (imannya) terhadap Allah nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka." (Muhammad, 47 : 21).

.begitu juga jika kita selalu benar (jujur) dalam bersahabat insyAllah itu yang lebih baik bagi kita..kejujuran boleh membuahkan ketenangan yang abadi dalam diri kita InsyAllah..sebagaimana hadis..

Dari Abu Muhammad Al hasan bin Abu Thalib ra. berkata : "saya menghafal dari Rasulullah saw : "tinggalkan ap yang tidak kau ragukan . sesungguhnya jujur itu menimbulkan ketenangan dan dusta itu menimbulkan kebimbangan ." (Riwayat At Turmudzy).

jujur/benar itu suatu senjata yang kuat bukan sahaja dalam bersahabat malah dalam semua hal..bukanlah satu yg sia2 bagi kita yang jujur dalam bersahabat..biarlah kita dilihat oleh Allah sebagai yang jujur/benar..jangan jatuh bangunkan diri kita dalam sifat dusta..

Dari Ibnu Mas'ud ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : " sesungguhnya benar/jujur itu membawa ke syurga ; seseorang itu akan selalu bertindak benar/jujur sehingga ditulis oleh Allah sebgai orang yang sangat benar atau jujur. dan sesungguhnya kejahatan itu membawa ke neraka; seseorang itu akan selalu berdusta sehingga ia ditulis disisi Allah sebagai pendusta". (Riwayat Bukhari dan Muslim)..

Wednesday, January 6, 2010

surau An-Nur kolej Ibrahim Yaakub

Aktiviti2 surau An-Nur. bermula selepas waktu maghrib..

Ahad : tiada pengisian

Isnin : Tazkirah ringkas (Saudara Hussain Yusri)

Selasa : Tazkirah ringkas (Saudara Zaidi Yusof)

Rabu : Ziarah dan penerangan daripada Jemaah.

Khamis : Bacaan Yasin lps maghrib, lps isyak ; kelas bimbingan Al-quran untuk muslimin dan
muslimat.

Jumaat : Tazkirah dr Fello, Qiamullai dan santapan rohani.

Sabtu : Bengkel Adobe Photoshop oleh Firmansyah.