PEMBUKA BICARA HATI

Wednesday, January 20, 2010

sebuah pesahabatan...



assalamualaikum sahabat semua..

lama ana xpost somthing..arini nk post la sket..
sedia maklum kita semua ada sahabat kan..walaupun seorang dia tetap sahabat kita..

ap yang ana nk kongsi arini adalah tentang seorang kawan,sahabat atau teman...mereka ni ttp di hati kita..hidup tanpa kawan sunyinya yang amat kan..pernah merasaainya tak?
tak mengapa..
Di antara sifat orang mukmin itu ialah sangat menyayangi dan mencintai saudaranya dalam Islam kerana sesiapa yang tidak mencintai saudaranya akan menjadi kuranglah imannya. Cinta yang dimaksudkan ialah cinta yang didasarkan kepada agama, bukan kemanusiaan semata-mata.
ana sgt2 menekankan bab ukhuwafillah ni..bukan sj2, lihat pada hadis ni ye :

"Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu Khadam Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sabdanya: "Tiada beriman seseorang kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya. " (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

berdasarkan pada hadis kita tau kan,,ianya berkaitan iman kita sahabat..adapun hadis ini berkaitan iman yang tidak sempurna... Cinta yang dimaksudkan pula ialah cinta untuk memperolehi kebaikan dan manfaat. Kemudian cinta itu bukanlah cinta kerana tabiat kemanusiaan tetapi kerana roh keagamaan kerana tabiat manusia sememangnya tidak suka melihat orang lain mendapat kebahagiaan atau orang lain itu berbeza keadaan daripadanya.
sahabat,dapat kita lihat ukhuwafillah ini bkn sahaja disebut dalam hdis ini shaja malah byk lagi hadis yang menyebut ttg ni..

"Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayangnya,belas kasihannya dan kemesraannya, laksana sebatang tubuh, bila salah satu anggotanya mengadu sakit, seluruh anggota yang lain sama-sama merasa demamnya dan berjaga malam. " (Hadis riwayat Muslim).

subahanallah..begitu sekali sahabat2..

sekarang kita boleh dgr istilah kwn makan kwn..ap kes ni sahabat??mn tahap iman kita smpai kan sanggup kita rosakkan ap yg kita ad..bab kata saidina ali dalam tulisan ana yang lepas :

bab kata saidina Ali : sahabat "selemah-lemah manusia adalah orang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

mahukah kita untuk tergolong dalam kalang itu..jauh2kanlah..malah ada hadis yang memperkatakan hal ini..

"Barangsiapa menyakiti orang Islam, sesungguhnya dia telah menyakiti aku, dan barangsiapa menyakiti aku dia telah menyakiti Allah. " (Hadis riwayat Thabarani)

janganlah sahabat..hindari sifat ini..semua muslim atau org islam itu bersaudara kan..
sebagai muslim kita haruslah saling jaga menjaga..alangkah sahabat kita kesulitan kita bantu,jgn harapkan balasan krn kita tahu Allah itu maha adil.. kalau kita ringankan tangan membantu saudara islam kita insyAllah Allah permudahkan kita..sesungguhnya kejayaan manusia itu dalam kalimah Allah dgn ikut cara sunnah kan..

"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim.Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula rnembiarkan saudaranya teraniaya oleh orang lain. Dan barangsiapa yang membantu (mencukupkan) keperluan atau hajat saudaranya, maka Allah Ta 'ala membantunya pula (mencukupkan) keperluan atau hajatnya. Dan barangsiapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim, maka Allah Ta 'ala melapangkan kesulitannya kelak di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutup aurat (keburukan) orang muslim, maka Allah menutupi pula keburukannya kelak di Hari Kiamat. (Hadis riwayat Bukhari).

lihat betapa adilnya Allah..Allah tidak zalim untuk hamba2Nya..cm perkara yg ghaib ni yg membuat kan kita mudah cpt untuk bersangka buruk..sesungguhnya setiap yg berlaku tidak boleh dipertikaikan semua datang dari Dia.benda ni semua menguji kita punya keimanan wahai sahabat..
akhir kata dari ana berdasarkan satu baris ayat quran:

"Dan berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai. "(Surah AU 'Imran: 103)

No comments:

Post a Comment